Tips untuk kucing diet
Ada kucing yang tak pandai kawal pemakanan, selagi dia nampak ada makanan dalam bekas makanan mereka, selagi itu dia akan makan. Hal ini boleh mengalakkan kucing anda menjadi obesiti. Walaupun kita baru je beri dia makan, tapi dia akan “meoww” macam lapar sangat.
Ada 2 cara untuk kurangkan berat badan kucing anda.
Cara 1 : Kurangkan jumlah pengambilan makanan
Tukar jenis makanan
Jika kebiasaannya kucing anda makan “dry food”, anda boleh cuba menukarkannya kepada “wet food”. “Wet food” mempunyai kurang karbohidrat yang kurang berbanding dengan dengan “dry food”. Kandungan air dalam “wet food juga boleh membantu kucing merasa cepat kenyang.

Set masa waktu makan
kalau sebelum ini anda “free feeding” kucing anda, atau mengisi bekas makanan setiap kali kosong. STOP!! Inilah masa yang sesuai untuk anda mula mendisiplinkan kucing anda supaya dia makan pada waktu yang ditetapkan.
Anda perlu memberi kucing anda makan sekurang-kuranya 2 kali sehari dan sekurangnya setiap 12 jam. Hal ini kerana, selepas 12 jam perut kosong, perut kucing menjadi berasid. Kalau mahu kucing anda makan 6 kali sehari pun tak ada masalah, cuma perlu kurangkan kuantiti setiap kali makan.
Jika anda risau terlupa beri makanan anda boleh cuba menggunakan automatic cat feeder seperti ini. Anda boleh preset jumlah makanan dan waktu makan kucing anda. KLIK SINI untuk membeli

Kurangkan jumlah makan sedikit demi sedikit
Untuk mengelakkan dari kucing anda terkejut, anda boleh kurangkan jumlah makanan sedikit demi sedikit dari kebiasaanya. Kalau selalu anda beri 1 mangkuk, mula dari situ dah kurangkan portion makanan sedikit demi sedikit sehingga ke jumlah yang tepat.
Tetapi untuk kucing yang mempunyai masalah obesiti, sebaiknya anda perlu rujuk kepada doktor haiwan untuk mendapatkan portion makanan yang tepat untuk kucing anda.
Letak makanan di beberapa lokasi yang berbeza
Nenek moyang kucing dahulunya akan memburu makanan mereka. Namun sejak kucing menjadi domestik, mereka hanya perlu “meow” manja untuk memujuk manusia memberi mereka makan. Anda boleh cuba meletakkan makanan di beberapa kawasan yang berbeza supaya mereka boleh “memburu” makanan mereka seperti dahulu.
Cara 2: Perbanyakkan aktiviti kucing
Apabila kucing anda aktif dan sering bergerak, badan mereka boleh membakar lebih banyak kalori. Jika kucing anda sangat susah untuk kawal makan, anda boleh cuba cara ini.
- ajak kucing anda berjalan ke mana saja dalam rumah. Contohnya naik turun tangga, pergi dapur atau laman rumah. \
- Bermain dengan mainan kucing
- Main dengan laser pointer. Jika anda sibuk boleh cuba automatik laser pointer. KLIK SINI
- Ajar kucing anda berjalan petang dengan anda menggunakan tali
- Beri mereka treats/ makanan menggunakan interactive puzzle feeder.
