Tips bawa kucing anda pulang ke kampung menaiki kereta

Musim raya nak menjelang tiba. selepas 2 tahun kita tak beraya kerana PKP, akhirnya tahun ini kita boleh pulang ke kampung juga.

Situasi yang mesti memeningkan kepala cat parents mestilah kucing-kucing ni macam mana kan? Kalau boleh tinggal di hotel kucing okay la juga atau ada cat sitter datang letak makanan dan bersihkan tandas.

Kalau nak bawa pulang ke kampung sekali macam mana pula? Jalan mesti jem dan lama. Mari sini Min beri tips cara untuk membawa pulang kucing anda beraya sekali. Tips ni berdasarkan pengalaman min lah ya. Anda boleh follow mengikut kesesuaian kucing anda

1.TEST bawa kucing anda naik kereta

Cuba bawa kucing anda menaiki kereta ke tempat yang berdekatan seperti kedai runcit berhampiran rumah anda. Beri mereka merasa selesa dan selamat semasa berada di dalam kenderaan. Kemudian anda boleh mencuba meletakkan dia di dalam carrier semasa pemanduan anda. Anda boleh lihat respon kucing anda sama ada kucing anda okay atau tidak semasa pemanduan. Jika kucing anda kelihatan “gila” mungkin anda perlu mempertimbangkan menghantar kucing anda ke hotel kucing setiap kali anda bercuti.

2.Letakkan kucing di dalam carrier atau biar dia bebas dalam kereta?

Sebaiknya kucing harus diletakkan di dalam carrier. Ini adalah untuk keselamatan anda dan juga kucing anda. Bukanya apa, jika anda membiarkan kucing anda bergerak bebas dalam kereta, dikuatiri kucing akan duduk dibahagian pedal dan ini boleh menyukarkan pemaduan anda.

Tapi jika kucing anda jenis tidur dan tidak duduk di atas kerusi sahaja, Min rasa ini tidak menjadi masalah. Sebab Min pun ada 1 ekor kucing yg tak boleh duduk dalam carrier. Men’gila’ bila dikurung dalam carrier tetapi bila lepas dia okay je duduk atas seat kereta. Tetapi sebaikknya untuk kebanyakkan kucing diluar sana, letaklah kucing anda di dalam carrier.

3. Puasakan kucing 8 jam sebelum

Jika anda takut kucing anda muntah atau melepaskan hajat di dalam kereta, anda bolehlah puasakan kucing anda selama 8 jam sebelum anda memulakan perjalanan. Cuma jika anda nampak kucing anda ada tanda-tanda kepanasan seperti air liur meleleh, boleh lah anda berikan kucing anda sedikit air.

4. Sediakan treats untuk membantu menenangkan kucing anda

Perjalanan yang panjang dan lama bukan saja boleh meresahkan kucing anda. sediakan treats kegemaran kucing anda untuk membantu menenangkan kucing anda sepanjang perjalanan. Macam Min memang suka beri Cat Candy Nutri Lick, sebab dalam Cat Candy Nutri Lick memang dah ada ingredient yang boleh membantu menenangkan kucing anda.

5. Sediakan barang keperluan kucing anda secukupnya.

Bersedia untuk semua kemungkinan, walaupun anda dah puasakan kucing anda, sediakan juga tisu lap, plastik sampah, pasir kucing. Yelah, kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan. 😅 Jika kucing anda melepaskan hajat pun, sekurang-kurangnya anda dah bersedia dan boleh memudahkan perjalanan pulang anda ke kampung.

bawa juga makan kucing anda secukupnya jika tidak anda berdepan risiko kedai haiwan perliharaan tutup sepanjang raya. Kalau tak sempat Fur Republik pun boleh buat same day delivery. Korang klik je sini Whatapps wakil khidmat pelanggan kami. cuma inform je barang apa yang anda nak pesan.

6.Bawa mainan kegemaran.

Kucing seperti manusia juga yang teringatkan rumah. dengan membawa mainan kegemaran atau baju yang mempunyai bau anda boleh membantu menenangkan kucing anda kerana kucing anda bau rumah mereka.

Sekian tips dari Min, Semoga tip ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan perjalanan balik kampung anda dan kucing anda sekali.

Selamat hari raya dan hati2 memandu pulang ke kampung

Leave a Reply