Tanda-tanda kucing stress dan tertekan

Sebenarnya ada banyak tanda yang boleh menunjukkan kucing stress atau tertekan.

  • Kucing anda berak atau kencing di merata tempat walaupun anda sudah menyediakan tandas yang bersih. Jika kebiasannya kucing anda pandai membuang hajat di tandas yang disediakan dan secara tiba-tiba membuang najis merata-rata, itu dengan jelas menunjukkan si comel sedang berada dalam keadaan tertekan.

  • “grooming” secara berlebihan. Ini paling jelas jika anda nampak tompok botak pada bulu kucing anda.

  • Bulu kucing gugur secara berlebihan, menjurus kepada botak di beberapa bahagian.

  • ” Meow” dengan kerap jika belum dimandulkan (tanda – tanda ingin mengawan)

  • Suka bersendirian dan menyorok di kawasan yang sunyi. Tanda kucing stress sebegini boleh dilihat jika ada kedatangan tetamu kerumah anda misalnya.
  • Tiba-tiba bersikap agresif dengan kucing-kucing yang lain walaupun kebiasaanya kucing anda bergaul baik dengan kucing lain. Ini berbeza dengan kucing yang kebiasaanya tidak suka bergaul. Untuk kucing yang kebiasaanya tidak memang sukar untuk bermesra dengan kucing lain.
  • Perubahan selera makan secara mendadak sama ada kerap makan atau kurang makan. Jika hidang makanan kegemaran pun si comel masih tidak mahu makan. sebaiknya anda segera bawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan.
  • Perubahan berat badan secara mendadak sama ada semakin naik atau semakin kurang berat badan

Apa punca kucing anda menjadi stress?

Terdapat beberapa faktor kucing anda boleh menjadi stress. Contohnya

1.Kehadiran ahli baru dalam keluarga anda. Boleh jadi kehadiran manusia baru atau kucing baru di dalam rumah anda.

2.Terlalu banyak kucing di kawasan rumah anda. Kucing merupakan haiwan yang bersifat “territorial” . Jika terdapat banyak kucing di dalam “kawasan”nya, kucing anda mungkin berasa terancam.

3.Kesunyian atau bosan.

Betul. kesunyian dan kebosanan juga boleh menyebabkan kucing anda berasa stress. Sebab itu penting untuk anda meluangkan masa bermain dengan kucing anda.

4. Musim mengawan

Kucing anda boleh menjadi stress jika dia tidak mendapat pasangan ketika musim mengawan. Jika tiba musim mengawan, sama ada anda boleh melepaskan dia untuk mencari pasangan sendiri atau anda carikan pasangan untuk kucing anda.

5. Si comel berada di persekitaran baru.

Kucing merupakan haiwan yang gemarkan rutin. jadi sebarang perubahan pada keadaan sekeliling boleh menyebabkan stress pada si comel. contohnya anda menerima kunjungan tetamu atau lawatan rutin anda ke klinik veterina.

P/: Min suka bawa 2 atau 3 packet Nutri Lick kalau jalan-jalan jauh. Sebab Nutri Lick ada bahan yang boleh membantu kucing bertenang dan mengurangkan kegelisahan kucing. kalau anda mahu beli sekotak boleh klik link di sini.

Kalau nak beli di shopee pun boleh klik sini.

Jika tanda-tanda ini berlaku terlalu lama, saya cadangan anda segera bawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan berhampiran.

Leave a Reply