Risiko kesihatan untuk kucing yang obesiti

Seperti juga rakyat Malaysia, banyak juga kucing yang peliharaan yang menghidapi risiko obesiti. Walaupun pada mata kita macam comel je kucing gemuk-gemuk, tapi hakikatnya kegemukkan boleh membawa mudarat pada kucing anda.

Mari kita kenalpasti contoh kucing obesiti, sebab dan cara menanganinya.

Kenal pasti kucing obesiti

Kucing kalau bulat-bulat memang nampak comel. Tetapi perlu berjaga-jaga, jika terlalu bulat boleh dianggap sebagai obesiti. Secara lazimnya, jika berat kucing anda melebihi 20% dari berat ideal, itu sudah dikira sebagai obesiti. Cara paling mudah untuk anda periksa adalah dengan memeriksa fizikal kucing anda.

  1. Lihat kucing anda dari sudut pandangan atas, anda akan dapat melihat garis pinggang jika berat badan kucing anda normal ataupun sedikit “bulat”
  2. Raba di bahagian bawah rusuk kucing anda, jika anda boleh berasakan tulang rusuknya, berat kucing anda berada dalam julat yang normal.
  3. Lihat kucing anda dari sudut sisi. lihat bahagia perut. Kucing yang mempunyai berat normal mempunyai perut yang sedikit “tuck in” .

Macam mana jika anda tidak dapat pastikan kucing adna berada dalam kategori yang mana, anda boleh bawa si comel berjumpa doktor haiwan berdekatan. Doktor selalunya akan dapat memberi saranan yang terbaik untuk kucing kesayangan anda.

Apa sebab kucing anda menjadi gemuk?

Penting untuk anda mengenal pasti punca kucing anda menjadi obesiti, supaya doktor dan anda boleh mengambil langkah yang lebih efisien untuk mengatasi masalah ini.

Makan yang berlebihan

Seperti manusia, jumlah kalori yang berlebihan menyebabkan ia bertukar menjadi lemak yang disimpan di bahagian badan. Habit pemakanan yang berlebihan juga boleh disebabkan beberapa perkara, sama ada kucing anda tidak pandai berhenti makan ( sering berlaku pada kucing yang pernah merasakan kelaparan)

Kucing yang tidak aktif

Sudahlan suka makan, tidak aktif pula tu. Kebiasaannnya sering berlaku kepada kucing yang berada di dalam rumah dan kurang rangsangan. Kekurangan rangsangan menyebabkan kucing lebih cenderung untuk duduk diam tidak bergerak atau bermain, jadi tiadalah pembakaran kalori yang berlaku. Apa akan jadi pada semua tenaga berlebihan tu? ditukarkan menjadi lemak.

Semakin gemuk selepas dimandulkan

Kebanyakkan pemilik kucing memang akan memandulkan kucing peliharaan mereka. Kucing akan menjadi lebih tenang dan senang diurus selepas proses pemandulan. Ini kerana mereka telah kehilangan hormon estrogen and androgens dan secara langsung mengurangkan kadar metobolism kucing anda. Jadi tempoh untuk menghadam makanan akan mengambil masa yang lebih lama.

Jadi apa sahaja langkah pencegahan yang anda boleh buat untuk masalah kucing obesiti?

Kawal jumlah pemakanan kucing anda.

  1. Berhenti beri makanan kepada kucing anda secara “free flow”. Pemberian secara “free flow” ini menggalakkan kucing anda untuk snaking non-stop.
  2. Beri kucing anda makan secara berkala, jika dia kebiasaanya sering makan dengan kerap dan banyak. Kurangkan secara berperingkat sedikit demi sedikit.
  3. Misalnya jika dia selalu makan 5 kali sehari, 2 scoop. anda boleh mula dengan 4 kali sehari 1.5 scoop. Lakukan ini secara berterusan sehingga anda mencapai “portion” makanan yang sesuai dengan umur dan saiz kucing anda.

Tambah mainan dan aktiviti harian kucing anda.

Seperti manusia, antara punca obesiti bila jumlah kalori berlebihan tidak ditukarkan kepada tenanga. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menambah aktiviti harian atau mainan. Walaupun anda sibuk dengan rutin harian, anda boleh sahaja manfaatkan mainan kucing yang ada dipasaran.

  1. Anda boleh mengunakan mainan laser automatik untuk kucing anda bermain. Contohnya seperti Petoneer Smart Dot
  2. Menjaga seekor lagi kucing sebagai teman bermain, jika kucing anda kesorangan.
  3. Membawa kucing anda bersiar-siar pada waktu petang.

Kesan jangka panjang untuk kucing obesiti

terdapat banyak masalah jika anda membiarkan kucing anda menjadi obesiti.

  • Sakit sendi
  • Kencing Manis
  • Masalah pada kulit dan bulu

Dan dalam beberapa kes boleh mengurangkan jangka hayat kucing kesayangan anda.

Leave a Reply