Pro dan Cons pelbagai pasir kucing
Terdapat banyak jenis Pasir kucing atau “Cat Litter” yang berada di pasaran, ini boleh membuatkan anda keliru untuk memilih jenis pasir kucing yang mana satu bagus untuk kucing anda. Terdapat beberapa ciri yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan pasir kucing. Penting ye untuk memilih pasir yang betul supaya kucing anda tidak protest kencing di luar bekas pasir.
Pada pendapat min ada 3 ciri-ciri penting yang perlu ada dalam pemilihan pasir kucing.
- “Clumping” supaya semua sisa najis dan kencing dapat dikutip dengan mudah. proses “Clumping” yang mudah akan menyenangkan kerja pembersihan tandas kucing anda.
2. Perlindungan Anti-bakteria, walaupun pasir kelihatan bersih tetapi sebenarnya terdapat banyak bakteria atau parasit berbahaya yang membiak di pasir kucing anda. Dengan adanya “anti-bacterial properties” pada pasir kucing anda, dapat memberi perlindungan tambahan untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit.
3. Keupayaan penyerapan bau. Feature ni bagi min sangat lah penting. Lag-lagi kalau anda duduk di rumah high rise yang agak kecil. Yelah, siapa nak balik-balik dari kerja harum semerbak bau najis kucing. Mesti naik stress.
Jenis – jenis Pasir kucing
- Tanah Liat /Bentonite cat litter
- Silica /Crystal cat litter
- Serbuk Kayu /Pine-wood cat litter
- Kertas / Paper cat litter
- Tofu / Soya cat litter
Tanah Liat / Bentonite

Pasir kucing yang paling mudah dan banyak didapati di pasaran. Pasir jenis ini tidak boleh dibuang ke tandas ya. Boleh menyebabkan tandas anda tersumpat nanti. Kerana pasir jenis ini mempunyai kandungan bentonite, salah satu material yang ada dalam simen. Namun pasir ini sangat bagus untuk mengelakkan pembiakan bakteria dalam pasir kucing.
Pro :
😸 Harga Murah
😸 Kebanyakkan kucing senang menerimanya kerana sifatnya yang sama dengan pasir
😸 Clumping
Cons:
❌ Tidak boleh dibuang ke dalam mangkuk tandas
❌ Berat ( susah untuk rumah yang tiada akses ke lif )
❌ Banyak habuk ( pasir yang kerap bergesel menyebabkan pembentukkan habuk)
Silica /Crystal cat litter

Sesetengah kucing mungkin tidak menyukai pasir jenis crystal. Saiz pasirnya yang agak besar mungkin menyebabkan kucing tidak begitu suka akan pasir jenis ini. tetapi yang paling Min gemar dengan pasir jenis ini ialah daya penyerapan baunya yang agak bagus. Satu tips yang Min guna semasa menggunakan pasir jenis ini ialah tidak perlu meletakkan terlalu banyak pasir kerana pasir ini menyerap kelembapan. Jika anda meletakkan terlalu banyak pasir kucing akan menyebabkan banyak bau air kencing yang akan diserap.
Pro :
😸 Harga Ekonomi
😸 Tidak banyak habuk
😸 Ringan
😸 Najis Kucing Cepat kering
😸 Mesra Alam
Cons:
❌ Tidak boleh dibuang ke dalam mangkuk tandas
❌ Perlukan pembersihan dengan kerap kerana pasir boleh dicuci dan diguna semula
❌ Perlukan tandas yang mempunyai 2 lapisan penapis
❌ Tiada clumping properties, tidak dapat menutup najis
Serbuk Kayu /Pine-wood cat litter

Pasir jenis Pine-wood ini diperbuat daripada kayu. Ianya memang mesra alam dan ringan, tetapi harga untuk pasir jenis ini agak mahal dan sukar untuk didapati di pasaran. Sifatnta yang tidak berhabuk menyebabkan ia sesuai digunakan untuk kucing yang baru selepas dimandulkan.
Pro :
😸 Boleh dibuang ke dalam mangkuk tandas
😸 Tidak banyak habuk
😸 Ringan
😸 Mesra Alam
Cons:
❌ Daya penyerapan bau yang kurang
❌ Susah untuk menutupi najis besar
❌ Perlukan tandas yang mempunyai 2 lapisan penapis
❌ Tiada clumping properties, tidak dapat menutup najis
Pasir kucing jenis Kertas

Seperti Pasir jenis Wood-Pine, pasir kertas juga agak mahal dan mempunyai sifat yang tidak mengeluarkan banyak habuk. Ianya boleh digunakan sebagai alternatif untuk kucing yang baru selesai dimandulkan. Hal ini kerana, kucing yang baru dimandulkan tidak sesuai mengunakan pasir yang menghasilkan debu yang banyak.
Pro :
😸 Boleh dibuang ke dalam mangkuk tandas
😸 Tidak banyak habuk
😸 Ringan
😸 Mesra Alam
Cons:
❌ Daya penyerapan bau yang kurang
❌ Mudah hancur selepas terkena air, boleh menyukarkan kerja pembersihan
❌ Perlukan tandas yang mempunyai 2 lapisan penapis
❌ Tiada clumping properties, tidak dapat menutup najis
❌ Mahal
Pasir kucing Jenis Tofu

Pasir je tofu merupakan pasir kegemaran Min. Penjagaannya mudah, boleh dibuang ke dalam tandas, tidak mengeluarkan banyak habuk dan sangat mesra Alam kerana ia merupakan “plant base”. Walaupun pengawalan baunya kurang, Min mengunakan Smart Odor Remover untuk menghilangkan bau-bau di tandas kucing. Dan untuk pasir pula Min memang mengunakan tofu dari Reallabs, Siapa yang pernah guna memang tahu lah betapa bestnya pasir jenis ini.
Pro :
😸 Boleh dibuang ke dalam mangkuk tandas
😸 Tidak banyak habuk
😸 Ringan
😸 Mesra Alam
Cons:
❌ Daya penyerapan bau yang kurang
❌ Bakteria mudah membiak disebabkan ianya dari tumbuhan
❌ Mahal
Untuk Smart Odor Remover pula bukan sahaja boleh menghilangkan bau pasir kucing tu tapi dia juga bertindak untuk membunuh bakteria-bakteria di dalam pasir kucing.