Pokok beracun untuk kucing anda.

Masa PKP hari tu mesti anda ada membeli pokok- pokok perhiasan di Shopee bukan?

Tapi tahukah anda terdapat pokok-pokok perhiasan yang merbahaya untuk kucing perliharaan anda. Pokok-pokok ini mungkin cantik di mata anda tetapi berbahaya untuk haiwan kesayangan anda.

10 Contoh pokok yang merbahaya untuk si comel anda.

1. Pokok Lidah Buaya

Pokok ni elok untuk sunburn tetapi tidak untuk kucing anda kerana mengandungi anthraquinone glycoside dan menyebabkan muntah-muntah dan cirit birit.

2. Pokok Bunga Lily

Hanya satu gigitan pada debunga pokok bunga Lily sudah boleh membuat si comel anda muntah – muntah dalam masa satu jam, dan mengakibatkan masalah buah pinggang yang serius.

3. Pokok Tomato

Pokok Tomato yang sudah masak tidak berbahaya kepada Kucing anda tetapi buah tomato yang belum masak berwarna hijau mengandungi solanine yang sangat beracun untuk si bulus.

4. Chrysanthemum

Sedapkan air teh chrysanthemum. Betul sedap untuk menusia tetapi bukan untuk kucing anda kerana mengandungi pyrethrins yang digunakan dalam ubat kutu kucing.

5. Bunga Tulip

Pokok Bunga Tulip ini jika termakan, kucing anda akan mengeluarkan air liur yang banyak.

6. Pokok Palma Sago

Pokok hiasan ini memang popular di Malaysia, tetapi bijinya sangat beracun. Jika haiwan kesayangan anda termakan boleh menyebakan kematian.

7.  Pokok Bunga Kertas

Selalu kita nampak pokok ni banyak di kawasan kampung kan. Memang cantik tetapi jika termakan boleh menyebabkan tekanan darah rendah dan kematian.

8. Pokok Lidah Mak Mertua

Pokok ini pun memang terkenal sewaktu PKP hari tu. Jika termakan boleh menyebabkan cirit birit.

9. Pokok Dracaena

You could never go wrong with Dracaena. Ada 40 jenis Pokok Draceana dan sangat versatile untuk di letakkan dalam kediaman. Malangnya anda tidak boleh menjaganya jika ada Cik Meow dalam rumah anda.

10. Pokok Daun Kucai

Saya pasti mak-mak mesti ada menanam pokok-pokok seperti ini untuk masakan bukan? Tetapi pastikan kucing perliharaan anda tidak memakannya. Daun kucai seperti juga bawang putih boleh merosakkan sel darah merah haiwan perliharaan anda.

Leave a Reply