Kucing sawan? Apa perlu buat?
Bukan manusia je boleh terkena sawan. Kucing pun boleh ya. Jadi sebagai cat parents perlu ambil tahu apa patut dilakukan jika kucing anda terkena serangan sawan.
Tanda-tanda sebelum serangan sawan
- kucing berpusing-pusing
- kucing melolong atau muntah
Apa perlu buat ketika kucing sawan?

Langkah Pertama Kucing Sawan
Bertenang! Kebanyakkan kes sawan tidak akan menyebabkan kematian dan biasanya sawan hanya berlanjutan untuk beberapa minit sahaja. Yang anda anda perlu buat ialah cuba elakkan kucing anda dari mencederakan dirinya.
Kedua
Berhati-hati ketika anda cuba menenangkan kucing anda, jauhi tangan anda dari kawasan mulutnya. Kucing yang menghidapi sawan tidak dapat mengawal pergerakkannya dan akan mengetap rahangnya. Jika kucing anda tergigit tangan anda ketika dia terkena serangan sawa, kemungkinan dia tidak akan melepaskan tangan anda.

Ketiga
Pegang kucing anda mengunakkan tuala jika anda takut dia mencakar anda dan cuba alihkan dia ke kawasan yang rata. Jauhkan kucing anda dari kawasan seperti tangga, perabot yang mudah jatuh dan sebagainya.
Langkah Keempat selepas kucing sawan
Jika serangan sawan berakhir, kucing anda mungkin akan menjadi sedikit keliru. Usap lembut kucing anda dan panggil namanya. Kucing yang keliru akan ketakutan dan mungkin akan bertindak menyorokkan diri. Setelah itu, anda bawalah dengan segera kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan.
Punca – punca yang mungkin menyebakan serangan sawan
- keracunan toksin
- kecederaan di kepala dan otak
- barah otak
- Penyakit seperti (FIP), toxoplasmosis, feline leukemia (FeLV), feline immunodeficiency virus (FIV), and cryptococcosis
- Masalah buah pinggang
- Kurang gula dalam darah dan banyak lagi