Kucing obesiti sebab dia suka makan berlebihan?

Bedasarkan kajian oleh Nur Azlin binti Mihran dari Universiti Putra Malaysia (2016), didapati 47% kucing menghadapi masalah obesiti, dan antara salah satu faktor ialah kucing yang suka makan secara berlebihan. Tetapi dengan diet, jadual makan dan senaman anda boleh mengelakkan masalah kucing obesiti.

Lazimnya masalah kucing obesiti ini disebabkan oleh dua perkara, iaitu pemberian jumlah makanan yang berlebihan dan juga kurangnya aktiviti bermain

Mari kita kenalpasti punca kucing obesiti

Open Buffet

Seperti yang min nyatakan di atas, antara faktor kucing obesiti ialah pemberian makanan secara berlebihan. Lebih-lebih lagi jika kita mengunakan auto feeder seperti gambar di bawah ini.

memang menyenangkan kerja kita, tetapi kekurangannya kucing akan mudah dapat akses untuk makan. Lebih-lebih lagi kucing yang tidak tahu mengawal pemakanannya. Sifat ini sering terjadi sekiranya anda ada mengambil kucing dari jalanan. Sifat survival kucing tu dah set yang jika dia nampak makanan dia mesti makan sebanyak mungkin kerana takut tidak mendapat makanan dikemudian hari.

Jika anda memberi makan melalui cara ini, ia seolah olah “open buffet ” untuk kucing anda menyebabkan kecenderungan untuk obesiti.

Makanan tinggi karbo

kebanyakan kucing diberi makanan kering dan juga makanan basah. Tetapi yang menjadi punca kucing obesiti ialah memakan makanan kering atau Kibble secara berlebihan. Kibble lazimnya mengandungi kandungan karbo dan serat yang lebih tinggi dari makanan basah. Walaupun makan kering ni penting untuk kesihatan gigi dan proses penghadaman kucing, namun jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan masalah obesiti.

Sebaiknya anda melakukan mix feeding untuk kucing-kucing anda. anda boleh mengunakan ratio 2/3 kibble dan 1/3 makanan basah.

Apa yang anda boleh lakukan?

Beri kucing anda makan dalam kuantiti yang kecil tetapi secara kerap.

Saiz Perut kucing anda sebenarnya sebesar bola ping pong je. Jadi jika anda memberinya makanan yang berlebihan setiap kali, lama-kelamaan kucing anda menjadi semakin lambat kenyang kerana perutnya sudah membesar.

Untuk memudahkan lagi anda, anda boleh cuba mengunakan automatik cat feeder yang seperti di bawah

Senang gila kan?

Anda boleh kawal portion makanan kucing anda secara automatik, dan setkan jadual makanan kucing anda siap2. kalau hari anda sibuk pun tak ada masalah sebab anda dah setkan jadual makan kucing-kucing anda. semua ni akan diselia melalui applikasi dan sekiranya level makanan dalam autofeeder ni berkurang pun anda akan peroleh notifikasi di phone. Banyak la kelebihan automatik feeder ni berbanding yang gambar mula-mula Min tunjuk.

yang ini kalau korang nak beli boleh jee klik sini. dapat free shipping lagi

kesimpulannya, paling baik anda berikan makanan dalam kuantiti yang sediki tetapi secara kerap supaya kucing anda tidak terlebih makan.

Leave a Reply