Kucing boleh makan pedas ke? ?

Mummy dan daddy kucing kan suka share makanan dengan kucing-kucing. Lagi-lagi kalau buat muka comel di kedai Tom Yum tu.

Sebenarnya tak berapa elok kita beri kucing makan-makanan manusia.

Technically kucing tak boleh merasa pedas macam manusia sebab kucing tak ada deria rasa pedas ( Jadi sepatutnya tak ada masalah lah untuk kucing makan pedas? Tak semudah itu )

Sebab-sebab kucing tak boleh makan pedas :

1. Kebanyakan makanan pedas mengandungi Capsaicin yang boleh membuat kucing cirit birit dan muntah jika makan dalam kuantiti yang banyak. Jika terlalu teruk, mummy daddy perlu bawa kucing berjumpa doktor haiwan.

2. makanan pedas anda mungkin mengandungi bahan-bahan lain yang berbahaya untuk kucing. seperti bawang merah dan bawang putih. Lebih-lebih lagi masakkan Malaysia yang kebanyakan nya mengandungi bawang untuk menumis.

1 gram bawang putih dah boleh menyebabkan kegagalan organ seterusnya boleh membawa kematian.

Jadi hati- hati apabila anda berkongsi makanan dengan kucing.

Kalau nak beri makanan pada kucing-kucing boleh la simpan makanan kucing paket kecil-kecil di dalam kereta anda.

Diskaun Prodiet 12% klik sini

Wet Food Royal Canin

Leave a Reply

%d bloggers like this: