Kenapa kucing muntah?

Semua kucing akan muntah sekali sekala, tetapi jika kucing anda muntah hampir setiap minggu, anda perlu segera membawa kucing anda berjumpa dengan doktor veterina. Terdapat beberapa faktor yang menjadi sebab kenapa kucing muntah.

Jenis – jenis muntah pun berbeza. Di sini min sertakan jadual untuk menunjukkan perbezaan jenis muntah kucing dan punca. Harus di ingatkan anda masih perlu membawa kucing anda berjumpa dengan veterina untuk diagnosis yang lebih tepat. Jadual ini cuma menunjukkan maklumat am sahaja.

Warna muntah kucingKemungkinan punca
Kuning, oren atau Coklatkehadiran sisa makanan dan cairan hempedu
Merah atau merah jambumenunjukkan kehadiran darah / terdapat pewarna makana berwarna merah
Jernihmuntah dengan perut yang kosong
Hijaukehadiran cairan hempedu
Hitam atau coklattanda pendarahan ( segera bawa berjumpa doktor)

7 kemungkinan kenapa kucing muntah

#1 ” Hairball “

kucing suka membersihkan diri sendiri dengan menjilat bulunya. Ini boleh menyebabkan bulu mereka berkumpul dengan banyak dalam perut kucing dan tidak semestinya dihadam. Ini akan menyebakan mereka memuntahkan kembali.

Sebab itu penting untuk kerap memberus bulu kucing anda lebih-lebih lagi kucing yang mempunyai bulu yang panjang.

#2 Gastroenteritis

Gastroenteritis ni sebenarnya radang pada perut dan usus kucing. Organ dalaman ini bertanggungjawab untuk menghadam makanan dan menyerap nutrient. Untuk kes yang lebih serius perlu dirujuk kepada doktor veterina.

#3 Kehadiran benda asing

Malangnya anda tidak boleh mengawasi kucing anda 24/7. Kucing juga boleh makan “bukan makana” contohnya seperti mainana kecil, benang, getah rambut dan lain-lain lagi. Kehadiran benda asing dalam perut kucing boleh menyebabkan halangan pada perut dan usus. Untuk kes yang lebih serius, kucing anda mungkin perlukan rawatan lebih lanjut seperti pembedahan misalnya.

#4 Alergi makanan

Terdapat kucing yang mempunyai alergi kepada beberapa jenis makanan.

#5 Penyakit kritikal

Masalah seperti buah pinggang, pancreatitis, hyperthyroidism boleh menjadi punca kenapa kucing muntah. Sebab itu penting untuk segera bawa kucing anda berjumpa dengan doktor jika dia kerap muntah, walaupun warna muntah kelihatan normal.

#6 Parasit

Boleh berlaku kepada semua peringkat umur dan kadangkala anda boleh nampak parasit dalam muntah kucing. Good news, masalah parasit lebih mudah untuk dirawat.

#7 Kanser

betul, kucing juga boleh menghidapi kanser. Kanser boleh menyebabkan rasa tidak sedap badan, tidak selesa dan muntah.

Apa yang min senaraikan hanyalah maklumat am sahaja. Sebaiknya segera bawa kucing anda ke klinik veterinar berhampira untuk diagnosis yang lebih tepat.

Makanan untuk mengurangkan masalah ” Hairball”: Royal Canin Hairball

Boleh juga didapati di kedai shopee. Klik Sini

Leave a Reply