Kenapa kucing berak berdarah?

Jangan cepat panik sekiranya tiba-tiba anda ternampak kesan darah pada najis kucing. Ada banyak sebab kenapa kucing anda berak berdarah, namun terdapat juga kemungkinan serius yang boleh menyebabkan keluar darah pada najis kucing anda.

Kenapa kucing berak berdarah

1 Sembelit

Sembelit terjadi disebabkan najis kucing yang keras. Ini akan menyukarkan kucing anda untuk membuang air besar kerana kekurangan kandungan air dalam najisnya. Masalah Sembelit ini boleh menyebabkan kecederaan di bahagian saluran gastrousus kucing seterusnya berlaku sedikit pendarahan.

2. Cirit Birit

Cirit birit yang terdapat kesan darah juga boleh berpunca dari kecederaan di bahagian saluran gastrousus.

3. Ketumbuhan seperti polyp, tumor dan cyst.

Jika anda dapati masalah berak berdarah ini berlarutan, sebaiknya anda segera bawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan. Berak berdarah boleh menjadi tanda-tanda awal penyakit seperti tumor, cyst atau polyp

4. Benda asing tersekat

Terdapat risiko kucing anda memakan benda-benda bukan makanan seperti mainan kecil dan sebagainya. Barang ini tidak dapat dihadam oleh perut seterusnya menyebabkan halangan dalam sistem penghadaman kucing anda. Segera bawa kucing anda berjumpa dengan doktor sekiranya dia menghadapi kesukaran membuang air besar untuk tempoh yang lama.

Warna dan betuk najis kucing yang normal

Anda boleh rujuk kepada gambar rajah di bawah untuk bentuk dan warna najis kucing yang normal.

credit: all about cats

Harus diingatkan, darah dalam najis kucing anda tidak normal namun penyebab berlakunya boleh menjadi serius atau tidak terlalu serius. Sebaiknya anda segera membawa kucing anda ke klinik haiwan berhampiran dengan segera.

Supplement untuk membantu sistem penghadaman kucing anda disini.

Leave a Reply