Galakkan kucing minum air? 7 cara yang anda boleh cuba.

Air penting untuk menggelakkan kucing anda dari dehidrasi. Menurut kajian kucing dewasa yang mempunyai berat 5kg ke atas perlu minum1 cawan air sehari ( bergantung kepada aktiviti harian kucing) Jadi kalau kucing anda tidak suka minum air, macam mana nak galakkan dia untuk minum air?

Sebenarnya, secara lumrahnya, kucing memang tidak minum air yang banyak, kerana keturunan nenek moyang mereka akan mendapatkan kandungan air dari daging haiwan buruan mereka. Tetapi disebabkan kucing-kucing zaman sekarang dibela di dalam rumah dan mempunyai diet yang berbeza, maka anda haruslah menjadi lebih kreatif untuk menggalakkan kucing anda minum lebih banyak air. Lebih-lebih lagi jika kucing anda gemar memakan “kibble”.

#1 Ganti air baru setiap hari

Anda sendiri, jika diberi air yang sudah ditinggalkan di atas meja selama 3 hari dengan air yang baru dituang dalam cawan, sudah tentu anda akan memilih air yang baru sahaja dituang bukan? Begitulah juga dengan kucing anda. Kucing sentiasa sukakan kebersihan jadi sebaiknya ganti air dalam mangkuk air sekerap mungkin.

#2 Letakkan beberapa mangkuk air bersih disekitar rumah anda

Seperti juga manusia, kucing juga sukakan pilihan. Anda boleh meletakkan beberapa mangkuk air disekeliling rumah anda. Hal ini supaya, sumber air akan diperolehi dengan mudah tanpa perlu kucing anda berjalan jauh.

#3 Tukar jenis mangkuk air

Mungkin saja kucing anda sedikit cerewet. Jika sekarang anda menggunakan bekas plastik, anda boleh cuba menukarkan bekas minuman si comel kepada bekas “stainless steel” atau mangkuk seramik.

Kebanyakkan kucing lebih gemarkan mangkuk yang leper dan besar untuk mengelakkan ketidakselesaan pada misai mereka.

#4 Pet Drinking fountain

Salah satu cara untuk galakkan kucing anda minum air ialah dengan menggunakan pet drinking fountain. Kebanyakkan kucing kurang tertarik dengan air yang bertakung, kerana keturunan nenek moyang mereka juga lebih gemar minum air di tempat yang mengalir. Bagi kucing air yang mengalir menjadi petanda sumber air yang bersih dan selamat untuk diminum.

#5 Jauhkan bekas minuman dan tandas kucing

Seperti mana anda tidak minum air di dalam tandas, begitu juga kucing anda. Naluri ini datangnya dari nenek moyang mereka yang sentiasa mencari sumber air jauh dari kawasan tandas untuk mengelakkan pencemaran.

#6 Jarakkan juga bekas minuman dan bekas makanan

Hal ini kerana, naluri kucing juga mengajar tempat makan dan tempat minum yang berhampiran boleh menyebabkan pencemaran.

#7 Tukar “kibbles” kepada “wet food”

“wet food” mengandungi 70 – 80% kandungan air. Ini boleh membantu kucing anda untuk mendapatkan kandungan air yang secukupnya.

Leave a Reply