Boleh ke kucing minum susu?
Kita selalu disajikan dengan gambar kucing minum susu. Tapi tahukah anda sebenarnya kebanyakkan kucing tidak boleh minum susu.
Anak kucing boleh minum susu, tapi selepas dia menjadi dewasa perut mereka kebanyakkan nya tidak lagi boleh menghadam susu.

Perut kucing tidak boleh menghadam susu.
Terdapat kandungan laktos didalam susu, dan kebanyakkan kucing tidak mempunyai ezim untuk mencerna laktosa setelah mereka dewasa. Betul anak kucing boleh minum susu tapi kebanyakkan anak kucing sudah mula makan makanan pepejal seawal umur mereka 8 minggu, dah sebaik sahaja mereka mula makan makanan pepejal, perut kucing akan semakin hilang keupayaan untuk mencerna laktosa.

Apa dia laktosa?
Laktosa ialah sejenis gula yang ada dalam susu lembu. Yang sebenarnya, kucing suka kandungan krim yang ada di dalam susu. Namun disebabkan susah untuk kita mengetahui sama ada kucing tersebut boleh mencerna susu atau tidak, sebaiknya kita beri mereka air kosong biasa sahaja.
Apa akan terjadi jika kucing minum susu?
Kucing anda berkemungkinan akan ciri birit dan sakit perut. Jika anda terjumpa anak kucing yang memerlukan susu, anda perlu memberi susu formula khas yang tidak membahayakan anak kucing tersebut

Kesimpulannya, cukup untuk anda memberi kucing anda air kosong biasa. Untuk membuatkan kucing anda lebih tertarik untuk minum, anda boleh menggunakan drinking fountain untuk memimik cara nenek moyang kucing minum air, kerana kucing lebih suka minum air dari sumber air bergerak. Kalau anda nak membeli drinking fountain, anda bolehlah klik disini.