Apakah itu penyakit parvo pada kucing?

Apakah itu penyakit parvo?

Penyakit parvo ialah penyakit yang boleh menjangkiti kucing, penyakit ini sangat berbahaya dan mempunyai peratusan sembuh yang rendah. Penyakit parvo merupakan mimpi ngeri buat pemilik kucing, disebabkan penyakit ini boleh mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Penyakit parvo ini juga dikenali sebagai FIP ( Feline infectious peritonitis). Virus parvo sangat kuat dan sangat senang menyerang kucing berusia 4 hingga ke 12 minggu.

Kucing dewasa yang tidak divaksin lebih berisiko untuk dijangkiti penyakit ini, lebih-lebih lagi kucing jalanan dan ia juga senang merebak dan menjangkiti dikalangan kucing-kucing. Parvo boleh juga menjadi punca kematian mengejut kucing kesayangan kerana sesetengah kucing tidak menunjukkan simptoms dijangkiti langsung.

Tanda kucing menghidap parvo?

Seperti penyakit yang lain. penghidap parvo juga boleh menunjukkan beberapa simptom. Contohnya seperti;

  • Semakin kurang selera makan dan minum
  • Cirit birit tempoh masa yang lama
  • Demam, suhu badan sedikit panas
  • Kurang aktif, lebih suka duduk diam atau tidur.
  • Sesetengah kucing tidak menunjukkan simptom

Bagaimana kucing boleh dijangkiti penyakit parvo?

Virus parvo boleh merebak melalui sentuhan atau terkena cecair dari kucing yang dijangkiti penyakit parvo. Virus ini mudah merebak jika kucing berada dalam persekitaran yang kotor.

Cara merawat kucing dijangkiti penyakit parvo?

Tiada ubat yang boleh yang boleh menyembuhkan penyakit parvo 100%. Ianya seperti virus COVID-19 Imun sistem kucing itu sendiri yang akan melawan virus parvo. Namun, masih ada rawatan yang boleh membantu kucing anda untuk sembuh. Jika terdapat 1 ekor kucing anda menghidapi parvo, segera asingkan kucing anda dari kucing yang lain sehingga dia 100% sihat dan bebas dari parvo.

  • kuarantin kucing anda. pastikan kucing anda yang sihat tidak berjumpa dengan kucing anda yang menghidapi parvo.
  • Bersihkan rumah anda menggunakan peluntur di kawasan “hang out” kucing anda. Ini untuk mengelakkan kucing anda yang sihat dari dijangkiti virus parvo. pastikan anda lap menggunakan air selepas lap menggunakan peluntur.
  • Basuh tangan anda menggunakan sabun antibakteria dan sanitizer selepas menyentuh dan menguruskan kucing yang dijangkiti parvo.
  • Bawa kucing anda ke vet. Kebiasaanya ada rawatan dan ubat yang boleh membantu kucing anda melawan virus parvo.

Pentingnya vaksin kucing anda

Vaksin dapat membantu untuk mengurangkan risiko dari dijangkiti virus-virus yang berbahaya seperti ini, anda mestilah pastikan kucing anda divaksin dan jangan terlepas tarikh vaksin mereka.

Baca Tanda tanda kucing tertekan dan stress di sini

Leave a Reply