Adakah kucing jalanan tahu mereka telah diselamatkan oleh anda?
Menyelamatkan kucing jalanan adalah perkara yang sangat baik. Kucing jalanan juga boleh menjadi peneman yang sangat penyayang dan mereka selalunya boleh hidup satu tempoh yang lama. Tetapi pernah terfikir tak, kucing-kucing yang anda selamatkan dari jalanan boleh ke memahami perbezaan hidup dia sebelum dan selepas anda selamatkan mereka dari jalanan? Mereka pandai ke bersyukur dengan kehidupan sekarang? 🧐

Adakah kucing ingat kehidupan lama mereka?
Kucing sebenarnya mempunyai memori yang sangat baik. Walaupun kucing tersebut telah meningalkan orang-orang atau tempat disekelilingnya bertahun lamanya, dia masih boleh mengingat semula dengan secara terperinci. Rancangan Animal Planet ada menyebut, kucing akan belajar melalui kesilapan dan dia boleh ingat kesilapan yang dia pernah lakukan. Ini disebabkan kelebihannya mempunyai memorinya yang kuat.
Seperti memori yang buruk, kucing anda juga boleh mengingati memori-memori baik. Jadi apabila anda melayan dia dengan baik dan menyayangi kucing anda, semestinya dia akan menanam memori-memori itu dalam ingatannya.

Adakah kucing tahu anda menyanyangi mereka?
YA! Walaupun adakala anda lihat kucing anda seperti tidak mengendahkan anda, itu tidak bermaksud dia tidak menyanyangi anda. Kucing dapat memahami perasaan kasih sayang yang anda berikan, contohnya apabila kucing anda mengesel di badan anda, membuat bunyi “purrr” atau menunjukkan perut pada anda, ini menunjukkan mereka juga menyanyangi anda.
Terdapat satu kajian yang menunjukkan sebenarnya, kucing membuat bunyi “meow” tu untuk mimik bunyi tangisan bayi. Selain dari menunjukkan kasih sayang mereka terhadap manusia, bunyi “meow” juga merupakan cara meraka berkomunikasi untuk mendapatkan keinginan meraka atau meminta perhatian dari manusia.

Kesimpulanya
Kucing memang tahu membezakan kehidupannya sebelum dan selepas diselamatkan oleh anda dari jalanan. Jika anda menyelamatkan dia dari trauma masa silam dan anda melayan dia dengan baik. Jangan risau, anda bakal menjadi manusia yang paling dicintai oleh kucing anda.
Nak belikan laser pointer automatik untuk kucing anda? klik sini
Nak beli makanan kucing berkualiti? Boleh beli sini
atau berbelanja untuk diri sendiri? boleh klik sini
P/s: Jika anda ingin menyelamatkan kucing-kucing jalanan, anda boleh berbuat demikan melalui temujanji dengan SPCA Selangor. Fur Republik juga menjalankan program khidmat masyarakat bersama SPCA Selangor, di mana 5% dari setiap pembelian anda akan disalurkan ke SPCA Selangor dari 1 Januari 2022 sehingga 30 Mac 2022,
