9 Tanda Kucing Anda Sayang Anda

Pernah tak kucing anda buat “derk” je bila anda panggil dia? Sebenarnya kucing ni mahkluk yang penyayang, dan diaorang ada bahasa diaorang sendiri. Sini Min nak beritahu tanda- tanda kucing anda sayang anda.

9 Tanda kucing anda sayang anda

1 . Membuat bunyi “purr”

Sebenarnya ada banyak sebab kucing membuat bunyi “purr”. Mungkin dia berasa terancam, mungkin si comel berasa gelisah atau kucing anda berasa gembira. Ini bergantung kepada situasi kucing itu berada. Namun secara amnya, jika kucing anda membuat bunyi “purr” kemungkinan besar dia berasa selesa dan selamat apabila bersama anda.

2 . Menunjukkan perut

Pernah tak kucing anda bergolek-golek menunjukkan perutnya? aaaa. itu maknanya kucing anda memang selesa dengan ada. Bila kucing baring dan mendedahkan perutnya bermaksud dia tidak terasa terancam dengan anda & yakin yang anda tidak akan menyerangnya.

3. Bergesel pada badan anda

Bila kucing mengeselkan mukanya pada sesuatu objek bermaksud dia mahu meninggalkan bau dia pada objek tersebut. Ini untuk meninggalkan “tanda kepunyaan” supaya tidak diganggu oleh kucing-kucing lain.

Dalam erti kata lain anda ni diaaaa punyaa 🤣

4 . Kucing “mengurut – urut” anda

Kucing tak la pandai mengurut sebenarnya. Pergerakan “mengurut” ni ialah simulasi dari pergerakkan anak kucing yang mengurut puting ibunya semasa menyusu. Ini dilakukan bila dia berasa selamat .

Selain dari itu, di celah-celah tapak kaki kucing juga menpunyai kelenjar bau yang boleh meninggalkan bau untuk tanda hak miliknya.

5 . Membawa pulang “hadiah”.

Kucing secara semula jadi mempunyai sifat memburu & mempunyai naluri memburu untuk memberi makan kepada ahli keluarganya. Jika dia suka berkongsi hasil “buruan” kepada anda, bermakna dia takut anda kelaparan. Comel bukan? 😂😂

6 . Menjilat

Kucing menjilat untuk membersihkan badan & menujukkan kasih sayang. Kucing membina hubungan sosial dengan menjilat badan kucing lain, begitu juga jika dia menjilat anda.

7. Berjalan dengan ekor tegak

Pergerakkan ekor dapat memberitahu perasaan kucing itu. Ekor kucing yang lurus dan tengak menujukkan dia selesa dan mesra dengan anda. Jangan tersilap pula dengan ekor kucing yang kembang bila tengah marah.

8 . Suka tidur berhampiran dengan anda

Bila kucing tidur hampur dengan anda bermakna dia merasakan anda boleh melindungi dirinya.

9 . Mengerdipkan mata dengan perlahan

Mesti pernah kan kucing anda kerdipkan matanya dengan perlahan. Berdasarkan kajian ini merupakan salah satu cara mereka berkomunikasi. Perbuatan ini menunjukkan yang kucing anda yakin anda akan melindungi dia dari diancam.

Leave a Reply