7 sebab kucing anda tidak mahu makan.
Sebenarnya biasa kalau kucing tiba-tiba tidak mahu makan. Tapi jika dibiarkan berlarutan perkara ni boleh menjadi satu masalah yang serius. Ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini. Sebelum itu mari kenal pasti sebab kucing anda tidak mahu makan.
7 sebab kucing tidak mahu makan
1.Kucing anda selsema
Apabila anda menghidapi selsema, anda pasti hilang selera makan bukan. Ini kerana deria bau ada telah terjejas dan ini membantutkan selera makan anda. Begitu juga dengan anak bulus anda. Apabila seekor kucing selsema, dia sukar menghidu bau makanan.
Cara mengatasi :
Cuba letakkan makanan berhampiran dengan hidung kucing supaya dia dapat menghidu dengan lebih jelas. Jika ini tak berkesan, calitkan sedikit makanan di tepi mulut kucing anda.

2. Masalah penghadaman
Ada banyak isu yang berkait dengan masalah penghadaman kucing. Ini boleh menjadi punca kucing anda tidak mahu makan. Perhatikan jika kucing anda muntah, cirit birit atau marah apabila dia mengusap perutnya. Jika ini berlarutan selama beberapa hari, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah membawanya ke klinik haiwan berdekatan.
3. Memakan benda asing
Okay, yang ni Min pun ada pengalaman sendiri. Untuk satu tempoh, kucing Min suka betul gigit penyapu. Selalunya dia akan muntah sendiri. Untuk kucing yang berbulu panjang, mungkin ‘hairball’ boleh menjadi punca. ‘hairball’ tak semestinya seketul besar bulu dia muntah tau. boleh jadi macam gambar bawah ni.
Cara mengatasi :
Sediakan rumput kucing. ( trust me it works. berdasarkan pengalaman Min la)

4. Sakit Gigi
Sakit gigi dan gusi juga boleh menjadi punya mengapa kucing anda tidak mahu makan. Anda boleh cek mulut anak bulus anda. Jika ternampak gusi yang bengkak kemerahan atau kecederaan pada gigi, segeralah bawa ke klinik.

5. Bosan dengan rasa makanan
Bunyi macam kelakar kan? tapi sebenarnya boleh jadi. Ada kucing yang cerewet hanya mahu makan perisa tertentu sahaja, tiba-tiba tanpa amaran dia dah tak nak makan makanan itu.
Kadang-kadang pengeluar yang menukar resepi makanan kucing.
Cara Mengatasi :
Anda boleh cuba bandingkan isi kandungan di pek makanan baru dengan lama, atau cuba menukar beri kucing anda cuba makanan lain. Biasa laa. Macam manusia juga. Hari-hari makan Nasi kerabu pening juga kan. 😂
6. Tekstur dan bentuk makanan
Kucing adalah makhluk yang suka akan rutin. Maksudnya walaupun ada perubahan kecil, kucing anda pasti perasan. Perbezaan tekstur atau pon bentuk makanan mungkin menjadi punca si Comel tidak mahu makan makanan yang biasa dia makan. Perhatikan semula jika pengeluar ada menukar bentuk atau resepi makanan si comel kesayangan anda.
Selain dari itu boleh juga cuba sama ada bentuk makanan kucing itu sesuai atau tidak untuk kucing kita. Min beri contoh macam anak kucing Parsi. Bentuk rahang dan giginya yang kecil mungkin menghadkan makanan yang sesuai dengannya.
Anda boleh check di website pengeluar anda sama ada kucing anda sesuai atau tidak contohnya seperti di website Royal Canin seperti di bawah. Yang bestnya Royal Canin ni makanan untuk semua jenis baka kucing ada even Kucing kampung macam kucing Min. 😂



7. Makanan Tamat tempoh
Manusia mungkin tak perasan, tetapi kucing sangat sensitif dengan makanan dia. Cuba cek semula pek makanan cik bulus tu.
Di sini Chimin list makanan yang direka khas elok untuk penghadaman, mempunyai tektur dan bentuk makanan yang sesuai untuk setiap jenis kucing, mengurangkan pembentukkan ‘hairball’ dan bagus untuk kesihatan gigi kucing
Untuk Kucing Bulu panjang (eg Parsi ) sini
Untuk mencantikkan bulu dan kulit kucing ( semua jenis kucing ) sini
untuk kucing aktif seperti kucing kampung sini