7 Fakta menarik kucing Bengal
Kucing benggal merupakan hasil pembiakan silang kucing domestik dan Asian Leopard cat. Kucing benggal merupakan kucing yang sangat aktif dan cerdas. Dia datang dalam perlbagai bentuk dan saiz.
7 fakta menarik kucing Bengal
1.Kucing Bengal tidak takut air
Disebabkan kucing Bengal berasal dari kucing liar, mungkin sebab itu kucing Bengal kebiasaannya tidak takut akan air. In fact! mereka tidak kisah jika kaki mereka terendam sedikit dengan air.
![](https://i0.wp.com/furrepublik.my/wp-content/uploads/2022/10/Bengal-Cats6-e1563946372209.jpg?resize=1024%2C683&ssl=1)
2. Kucing yang sangat aktif
Jika anda seorang yang sibuk, mungkin kucing Bengal tidak berapa sesuai dengan anda. Kucing Bengal sangat gemar memanjat kerana sifatnya yang berasal dari kucing Asian Leopard. Selain dari itu disebabkan sifatnya yang sangat aktif, anda perlu menyediakan banyak permainan supaya dia tak cepat berasa bosan.
3. Paling mudah dilatih
Berbanding kucing-kucing lain, kucing Bengal mempunyai banyak persamaan dengan anjing. Anda boleh melatih kucing ini untuk berjalan-jalan menggunakan leash. Disebabkan sifatnya yang cerdas, kucing ini juga mudah untuk dilatih “trick” baru.
![](https://i0.wp.com/furrepublik.my/wp-content/uploads/2022/10/young-bengal-cat-leash-young-bengal-cat-leash-background-mountains-169296964.jpg?resize=800%2C534&ssl=1)
4. Suka mengikut pemilik mereka
Secara amnya kesemua kucing pandai berdikari, tetapi kucing Bengal tidak suka keseorangan, Jika anda memiliki kucing Bengal, anda harus melupakan privasi anda kerana dia akan mengikut anda ke mana saja termasuklah ke bilik air. Sebaiknya jika anda ingin membela kucing Bengal, dan anda sibuk di pejabat pada siang hari, anda bolehlah membela seekor lagi kucing sebagai teman.
5. Kucing yang peramah
Kucing Bengal merupakan kucing yang pandai bersosial. dia mudah untuk berkawan dengan kucing lain. Bukan sahaja peramah dengan kucing lain, mereka juga antara baka yang suka berinteraksi dengan manusia juga. Disebalik corak kucing Bengal yang garang, sebenarnya kucing ini sangat lemah lembut dengan manusia dan tidak menyerang manusia sesuka hati.
Jika anda tinggal di dalam rumah yang mempunyai beberapa orang ahli keluarga, kucing Bengal akan setia dengan individu yang istimewa baginya.
6. Sangat cerewet dengan tandas mereka
Kucing Bengal sangat pembersih, kebiasaanya dia hanya berak dalam tandas yang bersih sahaja. Oleh sebab itu, jika anda ingin membela kucing Bengal anda perlu membersihkan tandas mereka sekerap mungkin. Jika dia merasakan tandas kotor, kucing anda mungkin akan membuang di tempat lain dalam rumah anda.
![](https://i0.wp.com/furrepublik.my/wp-content/uploads/2022/10/Maxy-Litter-Box-683x1024-1.jpg?resize=683%2C1024&ssl=1)
7. Bulu yang berkilat
Jika anda melihat bulu kucing Bengal, anda akan perasan perbezaan bulu mereka dengan bulu kucing lain. Kucing Bengal mempunyai bulu yang sangat lembut dan berkilat.
![](https://i0.wp.com/furrepublik.my/wp-content/uploads/2022/10/Bengal-cat-glitter-1.jpg?resize=482%2C586&ssl=1)