7 Checklist untuk bulu kucing cantik
Macam mana anda nak jaga kucing anda supaya comel, gebu, sihat dan cantik? Banyak perkara yang memainkan peranan contohnya seperti diet, makanan kucing dan persekitaran. Sini Chimin share 7 tips supaya kucing anda bertambah comel.
1. Sikat bulu si comel setiap hari
Proses ini untuk menanggalkan bulu-bulu yang gugur dan supaya bulu tidak menjadi “matte”. Lagi-lagi kucing yang bulunya panjang mcm Parsi dan Maine coon.
2. Mandikan dengan air suam
Cik Meow ni sebenarnya bukan la tak suka mandi, cuma tidak suka rasa kesejukan. Tujuannya untuk menangalkan kulit-kulit mati, bulu yang berlebihan dan minyak pada kulit badan si comel anda.
3. Beri ubat kutu setiap bulan
Wajib beri ubat kutu sebulan sekali walaupun kucing anda kucing indoor, sebab boleh je kutu ni hinggap di badan si comel
walaupun dia memang tak keluar. Better be safe then sorry.
4. Ubat cacing 3 bulan sekali
Ubat cacing ini penting untuk pastikan supaya badan kucing anda mendapat nutrient sepenuhnya dari makanan yang dia makan.
Kalau kuat makan tapi badan tak naik-naik, baik check kot-kot banyak cacing.
5. Shampoo Keratin
Keratin adalah sejenis protein. Jadi shampoo yang mengandungi keratin boleh membantuk pertumbuhan bulu dan kuku yang
sihat.
6. Berikan makanan yang berkualiti tinggi
Makanan berkualiti tinggi dapat memastikan kucing anda mendapat vitamin dan nutrient secukupnya. macam Chimin suka
makanan jenama Royal Canin dan cari yang tinggi dengan Omega. Memang nampak keberkesanannya tu.
7. Supplement tambahan
Supplement ini bertindak sebagai booster. Kucing Chimin punya personal favourite mestilah Nutri Lick Beef, sebab dia kaya dengan protein. Naik teruss gebu gebas nya sekali dengan berat-berat badan dia naik.
Kalau ada sesiapa yang nak try makanan yang Chimin kasi dekat kucing Chimin boleh klik button bawah ini ya.
P/s: Royal Canin certified 21 boleh nampak kesan bulu cantik dalam masa 21 hari.