4 Tanda kucing tidak “happy”.
Macam mana anda tahu kucing anda gembira atau tidak? Kucing tak boleh berkomunikasi seperti manusia. Dia tidak boleh memberitahu anda yang dia tidak bahagia, tetapi kucing anda boleh memberitahu anda melalui perilaku dia. Terdapat beberapa tanda yang boleh menunjukkan bahawa kucing tidak happy.
Kenapa kucing tidak gembira?
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kucing tidak happy. Kucing anda mungkin sedang sakit, kebosanan atau menghidapi masalah depressi. Tanda-tanda ini merupakan amaran awal supaya anda boleh bertindak selanjutnya.

1.Malas dari kebiasaan
Kucing merupakan haiwan yang aktif, walaupun kucing tidur 12 – 16 jam sehari. Kucing yang happy akan akan bermain dan bersosial dengan kucing yang lain di waktu jaganya. Walaupun kesorangan, kucing masih lagi akan bermain menghiburkan hati sendiri. Dengan stimulasi yang cukup kucing anda tidak akan berasa bosan.
Jika kucing anda kelihatan malas dari kebiasaanya, mungkin ada sesuatu yang mengakibatkan dia bersikap demikian.

2. Menjadi agresif dan lebih suka menyendiri.
Jika kebiasaannya kucing anda boleh dibelai, kini menjadi kucing yang lebih suka menyendiri. Dia tidak suka dibelai bahkan marah ketika anda cuba mengusapnya. Ini menunjukkan tanda kucing anda berada dalam mood yang tidak baik.

3. Menjadi memilih makanan, tidak suka makan atau sangat suka makan
Ada kucing tidak suka bila makanan mereka ditukar, namun ada juga kucing yang boleh bosan dengan makanan yang sama setiap hari. Namun kucing yang tidak happy boleh dilihat melalui habit pemakan mereka.
Kucing tersebut boleh manjadi kurus atau terlebih berat badan. Walaupun kucing gemuk nampak comel, tetapi perkara ini boleh mengundang kepada banyak masalah dan penyakit yang lain.
Baca artikel cara untuk kucing diet di sini

4. Kerap berbunyi tanpa alasan yang jelas
Kucing akan “meow” kerana sebab-sebab tertentu. mungkin bekas makanan mereka kosong, tandas yang kotor atau inginkan perhatian. Andai semua keperluan asas kucing anda sudah anda penuhi tetapi mereka masih lagi berbunyi, mungkin ada sesuatu yang lain membuat mereka berasa tidak bahagia.

Akhir kata, jika anda dapati sikap kucing anda berubah dengan mendadak. Segera bawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan. Hal ini mungkin menjadi tanda-tanda penyakit yang lebih berbahaya.