15 Tanda-tanda kucing yang tidak sihat.
Mungkin ini kali pertama anda menjaga kucing, dan anda tiada pengalaman mengenalpasti kucing yang sakit.
Secara amnya, kucing pandai menyembunyikan kesakitan yang sedang dilaluinya, tetapi sebagai penjaganya kita boleh memerhati untuk mengenalpasti tanda-tanda kucing yang tidak sihat.
#1 Bau mulut yang busuk

Bau mulut yang busuk mungkin disebabkan oleh jangkitan pada bahagian gigi atau gusi kucing anda. Jika anda perhatikan, gusi kucing anda kemerahan, segeralah bawa berjumpa dengan doktor haiwan.
Bau mulut yang busuk juga boleh menjadi tanda-tanda kucing anda mempunyai masalah buah pinggang.
#2 Membuang air kecil dan besar di luar “litter box”

Kucing kebiasanya akan mencari pasir untuk membuang air kecil mahupun besar. Jika kucing anda secara tiba-tiba membuang air di luar kawasan pasir, ia mungkin menjadi tanda awal kucing anda menghidap jangkitan pundi kencing.
#3 Kotoran yang ketara pada telinga kucing dan sering menggaru di kawasan telinga

Telinga kucing seperti telinga manusia juga, perlu dibersihkan secara berkala. Namun jika anda mendapati kucing anda sering menggaru di kawasan telinga, ditambah pula dengan keadaan telinga yang cepat kotor. Ia menjadi salah satu tanda jangkitan “earmite” dalam telinga kucing.
Earmite ataupun kutu telinga senang berjangkit lebih-lebih lagi jika kucing anda sering keluar rumah ataupun anda jarang membersihkan telinga kucing anda.
Untuk mengatasi masalah ini anda boleh membaca artikel di sini.
#4 Perubahan sikap kucing
Jika kucing anda mendapati perubahan personaliti pada kucing anda, yang kebiasaannya suka bermain kini gemar bersendirian dan menyorok. Segeralah bawa kucing anda berjumpa doktor haiwan. Kucing yang gemar bersendirian ini selalunya sedang berada dalam kesakitan atau tidak sihat.
Perubahan personaliti juga merupakan salah satu tanda-tanda penuaan.
#5 Kesukaran bernafas
Normal untuk kucing bernafas dengan laju selepas dia bermain dan berlari. tetapi jika kucing anda kelihatan sukar untuk bernafas segeralah bawa ke klinik haiwan. Mungkin si comel sedang berada dalam kesakitan.
#6 Perubahah berat badan yang mendadak

Kucing seperti manusia juga, adakalanya beratnya menurun atau meningkat. Namun perubahan berat yang mendadak adalah tidak sihat. sebagai contoh kehilangan berat badan yang mendadak boleh menjadi tanda penyakit tyroid, kanser dan banyak lagi.
#7 Kucing anda kerap menjadi “bising”

Secara tiba-tiba kucing anda kerap “meow” kepada anda lebih dari selalu. berkemungkinan besar dia sedang memberitahu anda bahawa dia sedang tidak selesa.
#8 Kehilangan selera makan

tanda no 8 berkait rapat dengan tanda no 6. kehilangan selera makan akan menyebabkan berat kucing anda turun mendadak. Secara amnya, kucing boleh bertahan selama 3 hari tanpa makanan. Awasi tabiat pemakanannya. Jika dia tiba-tiba tidak mahu makan, mungkin ada sesuatu yang menganggunya.
#9 Bulu kusam

Bulu kucing yang sihat selalunya berkilat. Bulu kusam menjadi tanya untuk kucing yang kekurangan nutrient.
#10 Terlalu kerap menjilat badan

Kucing semangnya haiwan yang pembersih dan gemar menjilat diri sendiri. Tetapi menjilat dengan berlebihan sehingga botak menunjukkan mungkin saja kucing anda mempunyai masalah kulit seperti kutu, kurap dan sebagainya.
Kucing menjilat berlebihan kerana dia ingin melegakan kegatalannya.
#11 Kerap Muntah

Normal jika adakalanya kucing anda muntah, contohnya seperti muntah “hairball” atau bebola bulu. Namun jika ia berlaku dengan lebih kerap anda perlu membawa kucing anda ke klinik. Kerap muntah menjadi tanda masalah saluran usus tersumbat, dan banyak lagi.
#12 Selsema
Selsema menunjukkan jangkitan pada sistem pernafasan kucing anda. Masalah ini boleh diselesaikan dengan memberi antibiotik sahaja.
#13 Cirit Birit
Cirit birit yang berpanjangan mungkin berpunca dari parasit, cacing atau penyakit lain yang lebih teruk.
#14 Botak

Tanda no 14 berkaitan dengan tanda no 10. Botak boleh disebabkan oleh 2 perkara, sama ada kucing menjilat secara berlebihan atau bulu kucing anda gugur dengan banyak.
Bulu yang cantik juga menjadi kayu ukur kesihatan kucing.
#15 Peningkatan selera makan
macam hilang makan, peningkatan selera makan secara tiba-tiba juga bahaya. Peningkatan selera makan merupakan tanda awal penyakit seperti kencing manis atau hipertiroid.
Secara amnya, jika terdapat perubahan habit yang ketara pada kucing anda, segeralah bawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan doktor.