10 Tips bela kucing 😸

10 tips bela kucing

Sebelum anda mengambil kucing untuk dibela di dalam rumah. Beberapa tips bela kucing mestilah dilakukan supaya anda tak kelam kabut dan untuk memastikan kucing kita tidak terabai kelak.

Pastikan Gaya hidup anda sesuai untuk bela kucing

Kucing secara amnya makhluk yang berdikari, tetapi dia belum boleh menjaga diri sendiri di rumah. Jika anda seorang yang sangat sibuk bekerja mungkin membela kucing tidak sesuai dengan anda. Kucing masih perlukan perhatian dan aktiviti lebih-lebih lagi kucing yang muda dan aktif. Selain dari itu, anda juga perlu sentiasa membuat perapian untuk kucing anda seperti membersihkan kotak pasir, memberus bulu dan banyak lagi.

Jika anda rasa gaya hidup anda sibuk dan tidak mampu kerap bermain dengan kucing anda. Anda boleh membela 2 ekor kucing supaya kucing anda ada teman bermain

beautiful cat sits at a table near the diary and laptop

Pastikan anda tidak mempunyai alergi

Sila pastikan anda membuat pemeriksaan alergi kucing sebelum anda mengambil keputusan untuk membela kucing. Membawa pulang kucing bermakna anda membawa pulang ahli keluarga baru. Namun jika anda mempunyai alergi dan masih mahu membela kucing anda boleh cuba membela kucing yang mempunyai kurang alergen.

Sunat kucing anda jika sampai masa

Sebaiknya jadualkan kucing anda untuk dikasi sebelum sampai masa matang. Kucing anda akan kurang mahu keluar dari rumah dan tidak lagi menyembur “kencing” di perabot anda.

Sediakan kotak pasir kucing

Terdapat pelbagai jenis kotak pasir yang dijual dipasaran, kotak pasir jenis terbuka, separuh terbuka atau tertutup sepenuhnya. Anda boleh pilih kotak pasir yang bersesuaian dengan gaya hidup anda. Jika anda mahu sedikit kekemasan anda boleh memilih kotak pasir yang jenis tertutup. Pastikan anda kerap membuang najis dalam pasir dan pembersihan berkala juga perlu dilakukan.

Pemilihan pasir juga penting kerana ia perlu bersesuaian denga gaya hidup anda. Setiap jenis pasir yang berlainan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Contohnya jika anda lebih suka pasir yang bergumpal atau tidak bergumpal. Pasir yang mempunyai bau atau tidak mempunyai bau.

Ada pasir jenis tofu, kristal, kayu dan banyak lagi lah. Tapi macam Berry prefer Tofu Reallabs Tak berbau, tak melekat di kotak pasir, mesra alam dan jimat.

Kotak pasir yang bersih juga penting untuk kesihatan anda dan kucing anda ya! Ingat tu.

Pemilihan makanan yang sesuai

Setiap tangga umur kucing memerlukan jumlah khasiat dan nutrient yang berbeza. Pastikan makan yang anda berikan sesuai sama ada untuk anak kucing, kucing dewasa yang mempunyai akses ke kawasan luar rumah, kucing indoor atau kucing tua.

Kucing indoor mungkin tidak seaktif kucing yang mempunyai akses ke luar rumah jadi dia tidak memerlukan jumlah kalori yang terlalu banyak.

Sebaiknya anda memberikan campuran makanan basah dan makanan kering untuk kucing anda. Makanan basah akan memberikan nutrient yang lengkap manakala makanan kering juga bagus lebih-lebih lagi untuk kesihatan gigi kucing. Macam Berry memang selalu makan Royal Canin. Sedapppp. Kalau letak licin pinggan. 😝 Kalau kucing anda pun teringin jugak klik je sini.

Ni favourite Berry la. nampak tu kesan boleh nampak dalam masa 21 hari. 😝

Mangkuk makanan dan minuman

Secara amnya kucing tidak suka mangkuk makanan yang terlalu dalam kerana kucing tidak suka misainya menyentuh sisi mangkuk. Sebaiknya, anda disyorkan mengunakan dulang leper sahaja. Untuk tempat minum pula anda boleh letak tempat minum jauh sedikit dari kawasan di mana kucing anda makan. dan jika anda mampu sediakan bekas minuman yang mempunyai aliran air ini lebih baik, kerana ini memberi ilusi kucing anda minum di kawasan air mengalir.

Bagi kucing air yang mengalir tu lebih bersih dari air yang bertakung. 😬 Berry beri contoh pinggan dan bekas air. Petonner ni siap ada filter tauu. Jadi jangan risau kalau habuk ke serangga masuk semua akan ditapis. Kalau nak tengok boleh klik sini.

Sediakan permainan yang mencukupi

Permainan penting untuk memastikan kucing anda kekal aktif. Kucing yang aktif ialah kucing yang sihat. Tidak perlu pun mainan yang mahal. Memadai untuk memastikan kucing anda tidak bosan. Jika kucing anda kerap berasa bosan, inilah yang menjadi punya dia mencakar perabot, melompat sana sini tanpa arah tuju.

Tempat mencakar kucing

Ini benda yang wajib anda ada jika anda tidak mahu kucing anda mencakar sofa kesayangan anda. Beli tempat cakar khas untuk kucing anda dan ajar dia mengunakan tempat cakar itu.

Anda boleh ambil tapak tangannya dan buat gerakkan mencakar dan Cuba letakkan tempat mencakar di kawasan yang dia suka mencakar. Proses ni mungkin mengambil masa untuk try and error. Cuba cari tempat cakar yang stabil dan tidak mudah bergerak macam di bawah ni. Klik sini kalau nak check lebih detail.

Kalau nk beli Min pun ada jual tau klik di gambar 😝

Alatan grooming kucing

Perkara ini selalu dilepas pandang, anda boleh membeli beberapa peralatan asas untuk anda melakukan self grooming kucing anda.

Contohnya seperti, pengetip kuku ( yang khas untuk kucing ya ), berus bulu kucing (wajib untuk kucing bulu panjang kerana anda perlu memberus bulunya setiap hari) , kapas dan minyak telinga kucing untuk membersihkan telinga kucing anda ( jika tidak dibersihkan akan menjadi sarang untuk kutu telinga), dan shampoo kucing jika anda ingin memandikan kucing anda.

Catit Cat Nail Clipper
Ketip kuku kucing dengan manusia punya lain tau dan tak boleh campur sekali.
Catit cat brush
Kalau nak bulu kucing korang berkilat, berus je hari-hari walaupun bulu pendek.

tips bela kucing

Jadi perkara-perkara di atas perlulah diambil kira jika anda ingin membela kucing atau menambah bilangan kucing di rumah anda. Kucing ni boleh hidup selama 20 tahun jika kita menjaganya dengan baik.

Dan bagi Min jika anda nak membela kucing, anda bolehlah mengambil kucing di pusat perlindungai haiwan contonya seperti SPCA Selangor. Mereka juga perlukan kasih sayang dan forever home, atau anda selamatkan kucing-kucing dijalanan.

Selain dari itu Fur republik pun tengah buat program. setiap 5% dari pembelian anda akan diberikan ke SPCA Selangor dan kalau anda nak buat extra Donation untuk kucing-kucing terbiar di SPCA anda juga boleh berbuat demikian di sini.

Adopt! don’t shop! eh Shop di Fur Republik boleh. hehe

Shopping Voucher FRV10 boleh tebus untuk pembelian minimum RM 100 😋😎

Leave a Reply